Hari ini, Melayu Islam belum kalah.
Kita sedang berdepan cabaran besar dalam segenap bidang termasuk medan yang tak kurang pentingnya.
Medan itu ialah perang naratif.
Setiap hari, persepsi dibentuk melalui media, pendidikan dan wacana awam.
Tanpa sedar, umat semakin jauh daripada kuasa.
Buku ini ditulis untuk menjelaskan realiti tersebut secara terus, jelas dan tanpa berselindung.
Dalam buku ini, anda akan faham:
Bagaimana naratif membentuk pemikiran masyarakat
Kenapa Melayu Islam semakin lemah dalam perang persepsi
Siapa yang menguasai medan naratif hari ini
Apa tindakan yang mesti kita buat sekarang
Buku ini sesuai untuk:
Aktivis dan pemerhati isu semasa
Anak muda yang mahu faham realiti sebenar
Usahawan dan pencipta kandungan
Sesiapa yang mahu lihat Melayu Islam bangkit
Harga
Harga Preorder: RM39
Harga Launch: RM49
Tempah sekarang untuk harga khas preorder.
Penghantaran
Buku akan dihantar selepas siap cetakan.
Anggaran penghantaran: April 2026.
Penghantaran seluruh Malaysia.
Kenapa saya tulis buku ini?
Saya percaya Melayu Islam sedang bergelut dalam perang naratif.
Jika kita tidak bangkit sekarang, generasi akan datang hanya menjadi penonton dalam negara sendiri.
Buku ini bukan sekadar bacaan.
Ini senjata kesedaran.
Naratif yang betul akan mempengaruhi cara fikir dan tindakan.
Siapakah Saya?
Saya Mohd Firdaus bin Salleh Hudin.
Saya mendefinisikan diri sebagai Pemimpin Naratif Melayu Islam.
Saya aktif menghasilkan kandungan di media sosial dan mengulas isu semasa bagi membangkitkan kesedaran Melayu Islam terhadap realiti yang sedang berlaku di sekeliling kita.
Saya telah terlibat dalam dunia media sejak tahun 2011, dan kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di TV Pertiwi.
Pada 1 Februari 2026, saya melancarkan Gerakan Suara Ummah, satu inisiatif untuk menghimpunkan individu yang serius mahu bertindak dan memainkan peranan dalam membina masa depan Melayu Islam yang lebih gemilang.
Jika anda percaya Melayu Islam mesti bangkit, mulakan dengan memahami medan sebenar.
Tempah sekarang sebelum harga preorder ditutup.
Tonton video di bawah untuk memahami perjuangan saya dan kenapa anda patut sokong dan terlibat sekali:
Klik: https://www.youtube.com/watch?v=-gS8BaHxoRM
